Bila hati dah mula sayang..???...Apakah maksud disebalik ayat ini..???..
Sayang..???..Memang sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup di muka bumi ini ingin menyayangi dan disayangi...Setiap kali kita bercerita tentang erti kasih sayang kita pasti teringin untuk mengetahui apa maksud disebalik ungkapan kata "SAYANG" ini...Setiap manusia yang waras dan lahir di muka bumi ini pasti mengetahui dan pernah merasai erti kasih sayang dalam kehidupan mereka...Sebagai contoh kasih sayang daripada Ibubapa,sahabat handai dan sesiapa sahaja yang pernah menyayangi dan kita sayangi...
Disini saya ingin bercerita sedikit tentang wujudnya rasa sayang dalam hati kita yakni kasih sayang yang benar-benar tulus dan ikhlas dari lubuk hati kita...Tanpa ada unsur paksaan..Tanpa ada penyesalan tetapi satu rasa yang hadir tanpa diundang...Satu rasa yang hadir tanpa ada perancangan..Ianya satu rasa yang wujud dalam pertemuan dan membibitkan rasa yang sungguh menyenangkan apabila kita tahu rasa itu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan bergantung kepada kita bagaimana untuk menyemai dan menjaganya di taman hati kita..Kita perlu ingat sayang itu takkan bererti apa-apa tanpa pengorbanan yang kita lakukan..Dan yang paling penting biarlah kasih sayang itu tumbuh mekar dalam hati kita seiring dengan keredhaan daripada yang Maha Berkuasa...
Pertemuan yang membibitkan rasa kasih sayang perlu lah dijaga batas-batasnya...Jangan terlalu leka sehingga kita terpedaya dengan tipu daya iblis laknatullah....nauzubillah min zalik..Apabila kita mula sayang pada seseorang,,,kita mesti sentiasa ingin dia bahagia dan gembira..Kita cuba membuat dia sentiasa tersenyum selagi kita ada kekuatan...Kita cuba pertahankan segala apa yang kita rasa..Tetapi janganlah terlau leka sehingga kita terjerumus ke lembah kemaksiatan....Wallahu a'lam...Biarkan apa yang kita rasa itu sentiasa berpada-pada...
Apabila kita mula sayang kita mesti berharap dan berdoa supaya rasa itu berkekalan sampai bila-bila...Dengan usaha yang ada dan kita sentiasa tunjukkan cara yang betul dalam menjaga perasaan itu,,,InsyaAllah perasaan itu akan kekal bahkan tumbuh mekar dalam hati kita....Tetapi ingat jangan sampai rasa itu mengatasi rasa sayang & cinta kita kepada Maha pencipta yakni Allah SWT dan rasa cinta kepada Rasulullah SAW...Semoga rasa sayang itu berkekalan sampai bila-bila....InsyaAllah...
Ya Allah..Jagalah hati hambaMu ini dari segala kehancuran dan kemusnahan.Sekiranya aku merasa sayang,,biarkan rasa itu tersimpan dalam hatiku ini, kekal dan tumbuh mekar seiring dengan perjalanan waktu...Biarkan rasa itu seiring dengan batas-batas agama yang suci ini...Aku rasa bersyukur sangat dengan segala apa yang ada dalam hidupku ini..Betapa hina dan kerdilnya diriku disisiMu Ya Allah...Jauhkan aku dari segala perkara-perkara yang bisa menjauhkan aku daripadaMu....Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu Ya Allah....Amin....
No comments:
Post a Comment